Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pandailah Memelihara Waktumu

10:46am 30/03/2016 Zakir Sayang Sabah 34 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

SUATU hari di Markaz Lughoh, Al-Azhar Kairo Mesir. Ketika itu guru kami Ustaz Bilal Sulaiman berhalangan hadir lalu digantikan dengan guru yang lain, yang sedikit “Shorim” atau tegas. Beliau tidak memperkenalkan namanya dan kami juga segan menanyakannya. Beliau tinggi, dan mempunyai badan yang tegap dan berisi, “Gedang belin” kata orang alas Kuta Cane.

Di tengah-tengah beliau mengajar menerangkan pelajaran, tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Iaitu murid yang terlambat, beliau pun menanyakan kenapa dia terlambat, dia menjawab “Zahmah ya dutur” atau kesesakan jalan raya. Lalu beliau mempersilakannya masuk. Beberapa minit kemudian datang lagi murid yang terlambat dan mengetuk pintu, beliau kembali membukakan pintu, kerana beliau memang sengaja berdiri di dekat pintu. Beliau yakin pasti ada lagi murid yang terlambat, beliau pun mempersilakannya masuk, beliau menanyakan kenapa dia terlambat. Alasannya sama seperti murid sebelumnya, “Zahmah”.

Hanya jarak beberpa minit saja, teman-teman terus berdatangan terlambat. Akhirnya, beliau sudah penat menanyakan alasan para murid yang terlambat itu. Kemudian beliau menasihati dengan memasang mimik yang shorim, berkata,

“Wahai para penuntut ilmu, jagalah waktumu. Jangan lewat datang muhadharah. Biasanya yang terlambat datang ke kelas, akan terlambat juga kuliahnya. Biasanya yang Solat Subuhnya telat, semua pekerjaan akan telat juga. Dan penuntut ilmu itu tidak tidur usai Solat Subuh.”

Kata itu bukan hanya ditujukan kepada murid yang lewat saja, akan tetapi pada semua yang hadir waktu itu, juga bukan hanya yang ada di kelas waktu itu, tetapi juga untuk kita semua duhai sahabat. Saya, kami dan kamu semua jugalah seorang muslim, nasihat itu jugalah untuk semua para muslimin muslimat.

Mari kita jaga waktu kita, Solat kita, khususnya Solat Subuh. (Udzakkiru nafsi wa iyyaakum).

Berbicara tentang waktu, banyak para peraih sukses sudah membuktikannya. Bahawa orang yang sukses adalah orang yang pandai mengatur waktunya.

Orang Inggeris sudah terlalu sering bersemangat dalam urusan waktu, sehingga semangat mereka sampai di telinga kita, yang berbunyi “Time Is Money”.

Orang arab juga tidak mau kalah, dan berkata “الوقت أثمن من الذهب”.

Mari kita juga bersemangat dalam hal ini, katakan “Jagalah Waktumu Duhai Kawan!”

(Sumber: Islampos, oleh Muhammad Daud Farma / Disunting oleh Zikri Zainudin)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan