Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pancaragam Third Marine Expeditionary Unit (Third MEF) Amerika Syarikat mencuit hati

Persembahan menarik daripada pancaragam anggota marin Amerika Syarikat 3rd Marine Expeditionary Unit (III MEF) khas buat pengunjung yang datang ke Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Sembilan anggota pancaragam pasukan marin dan kelasi daripada Third Marine Expeditionary Unit (Third MEF) Amerika Syarikat mencuit hati warga bandaraya ini dengan persembahan menghiburkan di Lintasan Deasoka, di sini hari ini.

Kehadiran anggota marin itu ke Sabah adalah sempena dengan latihan ketenteraan Eksesais Kerjasama Kesiasagaan dan Latihan (CARAT) 2018 bersama angkatan tentera daripada beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia yang berpengkalan di negeri ini.

Persembahan tersebut yang dianjurkan bersama oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dan US Marine Corps dihadiri tetamu jemputan iaitu Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri iaitu Vivien Lee yang mewakili Christina Liew.

Dalam ucapannya, Christina memuji usaha DBKK, Kedutaan Amerika Syarikat dan juga US Marine Corps yang menganjurkan acara itu meskipun ia dilangsungkan dalam bentuk program santai.

“Adalah harapan saya bahawa acara ini akan memupuk dan mengukuhkan hubungan baik antara Sabah dan AS.

Ini juga merupakan platform yang baik untuk menjalin kerjasama yang lebih erat antara dua pihak.

“Saya yakin bahawa kehadiran dan persembahan oleh pancaragam Third MEF ini akan mempromosikan Sabah secara keseluruhan. Ini tentunya akan membantu untuk meningkatkan industri pelancongan di negeri ini,” katanya.

Program itu turut dihadiri Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan AS, Bradley Hurst.

Dalam pada itu, Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri berkata, Sabah mempunyai banyak potensi untuk ditawarkan kepada pengunjung dan pelancong dari seluruh dunia. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan