Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,724

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pan- Pacific Management Sdn Bhd dan TM Berhad lancar TM Wifi percuma di Centre Point

3:25pm 17/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 32 views Tempatan
Kenangan...Sukkuriya (lapan dari kiri) bersama Paul (tujuh dari kanan) semasa pelancaran TM wifi di Centre Point, disini hari ini.

Kenangan…Sukkuriya (lapan dari kiri) bersama Paul (tujuh dari kanan)
semasa pelancaran TM wifi di Centre Point, disini hari ini.

KOTA KINABALU- Masyarakat setempat khususnya pengguna perkhidmatan jalur lebar Telekom Malaysia Berhad (TM) kini boleh menikmati wifi percuma
di Pusat Beli Belah Centre Point, disini bermula hari ini (17 April 2016).

Menurut Pengurus Besar TM Berhad, Sabah, Sukkuriya Masri, projek tersebut
bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak kawasan yang mempunyai akses internet melalui TM Wifi khususnya di pusat beli belah Centre Point yang merupakan salah sebuah pusat beli belah yang terkenal di negeri ini.

“Kami sesungguhnya berasa teruja dimana pihak kami dapat menyediakan
akses TM Wifi melalui kerjasama pengurusan Centre Point yang
membolehkan ribuan pengunjung berhubung dengan orang yang tersayang
walaupun mereka berada di luar dari kawasan rumah mereka.

“Mereka turut boleh mengakses pelbagai jenis maklumat termasuklah melayari media sosial semasa berada di pusat beli belah itu,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran TM Wifi percuma bersama Pan- Pacific Management Services Sdn Bhd, di Centre Point, disini, hari ini.

Disamping itu, beliau berkata pengguna perkhidmatan jalur lebar TM
akan mendapat kouta percuma sebanyak 500 Mb setiap hari di setiap
kawasan yang mempunyai akses TM wifi percuma.

“Mereka (pengguna TM) hanya perlu mendaftarkan diri dengan menggunakan
nombor telefon bimbit dan mendapatkan kata laluan mereka,”ujarnya.

Walau bagaimanapun, menurut Sukkuriya, pengunjung pusat beli belah
tersebut juga boleh mengakses TM Wifi dengan tempoh masa sehingga 30
minit sehari dan mereka juga boleh mendapatkan ‘Premium Access’ dengan
harga RM 3 sehari.

Hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut, Pengurus Besar Pan
Pacific Construction Holding Sdn Bhd, Paul Kung Pao Hsiang. Oleh
Elezebeth Esther/SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan