Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pan Borneo Pemangkin Kemajuan Di Sabah

KOTA KINABALU – Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang dilancarkan pada Mac 2015 lalu merupakan pemangkin kepada kemajuan ekonomi lebih pantas dan menyeluruh negeri Sabah, kata Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Selain itu kata Musa projek berkenaan juga akan membantu merancakkan agenda pembangunan negeri seperti yang digariskan melalui dasar Agenda Hala Tuju Negeri Sabah dan Pembangunan Koridor Sabah (SDC) yang sedang giat dilaksanakan. 

“Lebuh Raya Pan Borneo merupakan Akujanji kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina lebuh raya di Sabah dan Sarawak.

“Bermula dari manifesto dan perancangan, disusuli dengan beberapa siri perbincangan dan pemeteraian perjanjian, hari ini Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah telah dilaksanakan mengikut beberapa fasa dan pakej,” katanya kepada Bernama.

Menurut Musa lebuh berkenaan kelak, selain memantapkan jaringan perhubungan darat di Sabah yang akan mempermudahkan mobiliti rakyat, Pan Borneo juga akan merangsang dan melonjakkan aktiviti ekonomi yang lain seperti pemasaran hasil produk pertanian serta menggalakan pembangunan produk pelancongan.

“..(Ia juga) merangsang pembangunan dan pertumbuhan kawasan-kawasan ekonomi seperti perumahan dan komersial dengan adanya akses perhubungan darat yang cekap, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan kemahiran serta pengalaman kepada anak-anak tempatan,” katanya.

Musa berkata lebuh raya berkenaan yang dibangunkan kerajaan BN adalah bebas tol dan dengan itu semua lapisan rakyat akan menggunakannya tanpa perlu membayar tol.

“Sekali lagi kita merakamkan srtinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pembangunan negeri dan keperluan rakyat dengan melaksanakan lebuh raya ini, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negeri dengan lebih pantas den menyeluruh,” katanya.

Musa berkata pelaksanaan projek lebuh raya membabitkan 35 pakej kerja bernilai RM12.8 bilion yang bermula di Sindumin hingga ke Tawau dengan tujuh pakej sedang dilaksanakan bermula pada April 2016.

Setakat Mac 2018 katanya, lima daripada pakej kerja itu pada peringkat kerja tanah untuk membina jajaran jalan raya dan jambatan manakala dua (pakej) lagi dalam proses memasuki tapak.

Menyentuh keberkesanan projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) oleh kerajaan negeri Sabah, Musa berkata projek berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat di kawasan yang dikenal pasti sebagai lubuk kemiskinan mendapat pembelaan.

“Kadar kemiskinan semasa menunjukkan penurunan yang sangat ketara dari 19.2 peratus pada tahun 2009 ke 2.9 peratus pada tahun 2016. MESEJ adalah salah satu program yang diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan.

“Dalam program ini, rakyat miskin dilibatkan dalam aktiviti ekonomi yang dapat menjana pendapatan. Umpamanya melalui penanaman kelapa sawit secara berkumpulan,” katanya.

Menurutnya program berkenaan terbukti berjaya menyubang kepada peningkatan pendapatan rakyat miskin dan mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Musa berkata beribu rakyat sudah mendapat manfaat daripada program MESEJ yang dibangunkan mengikut kesesuaian kawasan dan tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah atau program akuakultur di pesisir pantai.

“Kita berikan keutamaan kepada orang kampung yang tiada tanah, tiada rumah dan hidup susah. Sekarang ini mereka sudah ada rumah, ada tanah. Bagi diorang (mereka peserta MESEJ) ini satu keajaiban kerana mereka tidak pernah memikirkan ia akan berlaku.

“Tetapi ini yang kita lakukan. Jadi orang-orang yang miskin tegar dan hidup susah tidak lagi dikategorikan sebagai orang miskin. Secara langsung atau tidak langsung, kita telah berjaya mengurangangkan kadar kemiskinan di Sabah,” katanya.

Menurutnya selain MESEJ, program membasmi kemiskinan lain yang dilaksanakan kerajaan negeri di kawasan luar bandar termasuklah Program Geran Tanah Komunal, Program Kampung Sejahtera (PKS) dan Ladang PPRT. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan