Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pan Borneo, Beri peluang kepada kontraktor bumiputera

2:43pm 17/11/2015 Leolerry Lajius 91 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Beri peluang kepada kontraktor bumiputera kelas F untuk melaksanakan projek  pembinaan Pan Borneo di jajaran laluan lebuh raya tersebut.

Demikianlah saranan Presiden  Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Tuan Tukimin Radion ketika berucap pada majlis perasmian sepuluh cawangan PERKOBF daerah negeri Sabah yang diadakan di bangunan Sedco Kota Kinabalu hari ini.

“PERKOBF akan sentiasa memperjuangkan hak kontraktor bumiputera agar tidak menjadi mangsa eksploitasi sesetengah pihak yang menggunakan pangkat atau orang dalam untuk memenangi pengundian sesuatu projek,”katanya.

Tambah beliau PERKOBF juga menyarankan agar pengundian untuk mendapatkan projek menggunakan komputer digantikan dengan pengundian secara manual  bagi mengelakkan penyelewengan.

Setakat ini ahli PERKOBF diseluruh Malaysia sudah melebihi 5,000 orang dan 3,00 orang daripadanya adalah dari Sabah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Tuan Tukimin ketika berucap pada majlis tersebut

Tuan Tukimin ketika berucap pada majlis tersebut

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan