Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pan Borneo bantu membangunkan kawasan luar bandar

2:48pm 05/04/2016 Leolerry Lajius 175 views Tempatan
Musa bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan memengang buku yang mengandungi enam hala tuju pembangunan infrastruktur di negeri ini.

Musa bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan memengang buku yang mengandungi enam hala tuju pembangunan infrastruktur di negeri ini.

KOTA KINABALU: Projek Lebuhraya Pan Borneo akan bertindak sebagai agen untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar yang terlibat dalam projek ini melalui pembangunan tanah di sepanjang jalan berkenaan.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, pelancaran projek sepanjang 706 kilometer dengan kos pembinaan keseluruhan sebanyak RM12.8 bilion itu  akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada bulan April nanti di Papar.

“Saya percaya pembinaan lebuh raya ini akan memberikan impak positif kepada perkembangan sosio ekonomi rakyat di negeri ini sekaligus menjadi bukti komitmen tinggi kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur dan ekonomi di Sabah,” katanya ketika berucap sempena majlis perasmian Hari Jeraya Sabah 2016 di Sutera Harbour, di sini, hari ini.

Fasa pertama pembinaan projek ini akan melibatkan jalan raya daripada Sindumin ke Kudat dan Batu 33, Sandakan ke Tawau.

Pembinaan lebuh raya ini juga akan merangsang perhubungan jalan raya antara Sabah, Sarawak serta Negara Brunei Darussalam.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan