Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pameran solo Emiko Maeda tingkat mutu kesenian Sabah

Emiko (2 kiri) memberikan sedikit penerangan tentang karyanya
Emiko (2 kiri) memberikan sedikit penerangan tentang karyanya

Kota Kinabalu – Sabah terus menjadi pilihan karyawan antarabangsa bagi mempromosikan hasil karya mereka dan terbaharu, pameran solo artis antarabangsa, Emiko Maeda, yang julung kalinya diadakan di Malaysia bertempat di Balai Seni Lukis Sabah (BSLS) di Penampang, mulai semalam.

Pameran artis kelahiran Jepun anjuran BSLS yang berlangsung sehingga 18 Febuari ini memaparkan 85 karya seni yang mana 64 daripadanya merupakan gambaran keindahan alam, kemesraan dan kehidupan masyarakat tempatan di Sabah.

Sebelum ini, beliau banyak menghasilkan karya seni dan terlibat dalam lebih daripada 22 buah pameran di seluruh dunia, termasuklah Iceland, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Walaupun dilahirkan di Hiroshima, tiga tahun selepas bom atom digugurkan, Emiko cuba memaparkan unsur-unsur humor dan keindahan kehidupan itu sendiri dengan menggunakan kertas tepung Jepun sebagai medium.

“Keindahan kehidupan tidak boleh dizahirkan melalui karya seni kerana sebagai seorang artis, saya  sebenarnya hanya mampu membuat tafsiran,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau yang kini dalam usia lingkungan 70-an, mula melukis sejak kecil lagi dan menganggap seni merupakan medium untuk mengekspresikan dirinya kerana ramai dalam kalangan wanita Jepun tidak bersekolah sejurus selepas negara itu kalah dalam perang dunia kedua.

Emiko lebih menggemari lukisan yang bertemakan alam sekitar kerana kesempurnaan keindahan ciptaan alam itu sendiri. Oleh Sukri Sarin/ SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan