Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pameran seni lukis & 3D di Galeri Seni Ocean7

Sharifah bersama suami, Datuk Faisyal Diego, mencuba reka bentuk lukisan 3-D. dalam balai 3D. - foto Monica Gidong
Sharifah bersama suami, Datuk Faisyal Diego, mencuba reka bentuk lukisan 3-D. dalam balai 3D. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Balai seni terbaharu di bandaraya ini, Ocean7 Art Gallery yang mempamer dan menjual hasil seni lukis tempatan dan luar negara memulakan operasinya kelmarin, di Oceanus Waterfront Mall.

Pengerusinya, Datin Sharifah Habsah berkata, Ocean7 juga merupakan balai seni pertama di bandar raya Kota Kinabalu yang mempamerkan lukisan besar 3D kepada para pengunjung.

Menurut Sharifah, lukisan yang dipamer dan dijual di galleri itu mengikut tema -dan musim seperti perayaan Tahun Baru Cina, musim sekolah dan lain-lain.

“Dalam usaha menonjol karya lukisan tempatan, kita juga akan cuba mengetengahkan hasil seni lukis kanak-kanak istimewa seperti dari Seri Insan Borneo School yang turut menyediakan kelas pendidikan khas untuk pelajar istimewa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berharap, usaha Ocean7 Art Gallery dalam membantu membangun seni lukis tempatan akan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terutama daripada kerajaan, syarikat-syarikat swasta,korporat dan orang perseorangan.

Ocean7 Art Gallery dimiliki oleh Awesome Art Sdn.Bhd. juga akan mengadakan lelongan amal koleksi lukis lukisan individu atau syarikat dari masa ke semasa bagi membantu golongan yang memerlukan. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan