Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,512

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pameran HOMEDEC &IPEX 2017 tawar pelbagai produk teknologi tinggi kepada rakyat Sabah

5:29pm 21/04/2017 Elezebeth Esther Onjining 39 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan

TEO melawat salah sebuah gerai pameran sempena Pameran IPEX dan HOMEDEC 2017 , dekat sini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU: Pameran HOMEDEC dan IPEX menawarkan pelbagai produk  termasuklah barangan rumah yang berteknologi tinggi dengan harga yang menarik kepada pemain industri dan orang awam khususnya pemilik rumah.

Pameran itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) Sabah Chapter dan C.I.S Network Sdn Bhd akan berlansung selama tiga hari bermula hari ini 21 sehingga 23 April 2017 di Pusat Beli Belah Hiper 1Borneo, dekat sini.

Menteri Tugas- Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang berkata peserta pameran dan pengunjung bukan sahaja berpeluang membincangkan peluang pelaburan, perdagangan dan usahasama tetapi juga boleh memperkenalkan produk berteknologi canggih dan inovasi yang ada di pasaran.

” Saya percaya kedua- dua pameran IPEX dan HOMEDEC penting bagi pertumbuhan industri di negara ini secara amnya dan Sabah khususnya,” katanya ketika berucap sempena majlis perasmian pameran IPEX dan HOMEDEC 2017, dekat sini, hari ini.

ANTARA produk- produk barangan rumah yang dipamerkan pada Pameran IPEX dan HOMEDEC 2017, dekat sini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Selain itu, Teo berkata kerjasama antara IPEX dan HOMEDEC merupakan platform yang efektif dalam memperkukuhkan ekosistem industri.

“Untuk menjadikan pameran seperti ini relevan, ia perlu memberi impak positif kepada semua pihak berkepentingan di industri berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, HOMEDEC menyediakan pelbagai hadiah menarik yang bernilai RM 200,000 dan jongkong emas bernilai RM 100,000 kepada para pengunjung.

” Pertandingan yang dianjurkan oleh HOMEDEC itu merupakan satu acara yang menarik dimana ia memberi manfaat kepada para pengunjung yang membeli belah di sini,”katanya.

Hadir sama, Pengerusi PAM Sabah Chapter merangkap Pengerusi Penganjur IPEX 2017, Ar. Arnold Kwan dan Presiden C.I.S Network Sdn Bhd, Dato’ Vincent Lim. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

RASMI… Teo (tengah) memotong riben sebagai tanda perasmian Pameran IPEX dan HOMEDEC 2017, dekat sini, hari ini. Turut kelihatan, Pengerusi PAM Sabah Chapter, Ar. Arnold Kwan (kanan) dan Presiden C.I.S Network Sdn Bhd, Dato’ Vincent Lim (kiri). Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan