Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Palace Hotel proses semula sisa makanan jadi baja organik

Kebun herba dan sayur organik milik hotel
Kebun herba dan sayur organik milik hotel

KOTA KINABALU – Setiap tahun secara purata sebanyak 215 kilogram sisa buangan pepejal dan cecair dihasilkan oleh setiap individu di negara ini sekaligus mengakibatkan pencemaran udara dan alam persekitaran.

Pengurus Besar Palace Hotel Kota Kinabalu, Phang Joo See berkata, pembuangan sisa makanan merupakan salah satu masalah utama dalam semua sektor khususnya industri perhotelan.

“Industri perhotelan merupakan penyumbang utama kepada penghasilan sisa makanan daripada sisa sajian bufet dan menu ala carte,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkenaan terpaksa membelanjakan kos tinggi bagi menguruskan sisa pembuangan di pusat-pusat pelupusan sampah di kawasan masing-masing.

“Justeru itu bagi memelihara persekitaran yang sihat, pihak Palace Hotel telah menjalinkan kerjasama pintar dengan sebuah syarikat pelupusan Glomus Ecology Sdn Bhd untuk memproses semula sisa buangan,” katanya.

Phang menjelaskan bahawa, semua sisa makanan dari hotel akan dibawa ke kilang syarikat tersebut di KKIP untuk diproses semula menjadi baja organik menggunakan teknologi Biomax Thermophilic Digestion.

“Proses penghasilkan baja organik daripada sisa makanan itu hanya mengambil masa 24 jam,” katanya sambil menambah baja itu kemudian digunakan di kebun sayuran dan herba organik hotel berkenaan.

Menurutnya, proses kitar semula tersebut mampu kesan positif kepada hotel dan bandaraya ini serta dapat mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau seterusnya meningkatkan kualiti udara persekitaran. – Oleh Sukri: Edited/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan