Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Palace hotel kekalkan harga makanan bufet Ramadhan

Phang Joe sedang mempamerkan dagung rendang Palace Hotel kepada pelanggannya- foto Jimmy Tan / SayangSabah
Phang Joe (kanan) mempamerkan dagung rendang Palace Hotel kepada pelanggannya- foto Jimmy Tan / SayangSabah

KOTA KINABALU – Harga bufet Ramadhan di Restoran Tangerine di Palace Hotel tahun ini masih kekal seperti tahun lalu meskipun turut melaksanakan caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 April lepas.

Pengurus Besarnya, Phang Joo See berkata langkah itu bagi membolehkan pelanggannya, khususnya yang beragama Islam, menikmati pelbagai juadah berbuka di hotel berkenaan.

“Seperti tahun lalu, Palace Hotel menawarkan pakej bufet Ramadan pada kadar RM69 bagi dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak.

“Lebih daripada 60 aneka makanan disajikan oleh kakitangan Restoran Tangerine diketuai oleh seorang chef tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Menurut Phang, Palace Hotel turut memastikan makanan yang disajikan tidak mengandungi MSG selain menyediakan makanan dengan bahan-bahan segar.

Dalam pada itu beliau berkata restoran tersebut menawarkan pelbagai makanan tradisi Melayu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggannya setiap kali tiba Ramadan.- SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan