Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Palace Hotel akan terus melaksanakan program pengurusan hijau

3:09pm 21/06/2016 Leolerry Lajius 51 views Tempatan

IMG_8212

KOTA KINABALU: Palace Hotel akan terus melaksanakan program pengurusan hijau setelah mendapat pengiktirafan daripada organisasi penarafan pengurusan alam sekitar antarabangsa EarthCheck sebagai Hotel Hijau 2016.

Pengurus Besar Palace Hotel Phang Joo See berkata, pihaknya akan terus melakukan penambahbaikkan serta komited dalam menyokong usaha-usaha  memulihara alam sekitar selaku hospitaliti pertama di Malaysia yang mendapat pengiktifan sedemikian.

“Usaha-usaha yang kita lakukan ini bergantung kepada kerjasama hospitaliti ini untuk memandu masyarakat ke arah amalan hijau seperti usaha membaiki dan menangani cabaran isu-isu  global.

“Kita turut mencuba untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian,” katanya baru-baru ini.

Phang berkata, pihaknya juga kini menawarkan perkhidmatan simpanan tenaga, pengurangan kesan karbon, penjimatan air dan yang utama adalah khidmat kitar semula sisa makanan.

Katanya, kerjasama daripada masyarakat setempat amat penting dalam menyokong usaha hospitaliti terbabit untuk proses pemuliharaan alam sekitar.

Sempena Ramadan ini, Palace hotel turut menjalankan kempen pengumpulan sisa makanan yang dibuat setiap hari bagi memupuk kesedaran orang ramai agar mengelakkan diri dari melakukan pembaziran makanan semasa berpuasa.

Melalui amalan green hotel, hotel ini juga menerima perkhidmatan kitar semula sisa makanan selama 24 jam untuk dijadikan sebagai baja organik.

Hotel empat bintang itu juga tidak ketinggalan mengadakan promosi bufet Ramadan kepada pelanggan mereka bermula 10 Jun hingga 2 Julai bertempat di Restoran Tangerine hotel berkenaan.

Bufet akan dibuka bermula jam 6.15 petang hingga 9.30 malam setiap hari dengan harga promosi bagi dewasa RM69.00 setiap seorang. Manakala, kanak-kanak berumur 5 hingga 10 tahun berharga RM35.00 setiap seorang./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan