Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Paksa pekerja merangkak

KOMBINASI gambar menunjukkan sekumpulan pekerja merangkak di tepi jalan.
KOMBINASI gambar menunjukkan sekumpulan pekerja merangkak di tepi jalan.

Beijing, China: Sekumpulan pekerja sebuah syarikat menjual dan pinjaman kenderaan dipaksa merangkak di tepi jalan oleh majikan mereka sebagai hukuman kerana gagal mencapai sasaran jualan.

Video yang tersebar di Internet menunjukkan 10 lelaki yang lengkap memakai kot merangkak di tepi jalan di bandar Baishan di wilayah Jilin.

Media tempatan melaporkan, kejadian berlaku pada 2 April lalu apabila syarikat berkenaan mahu menghukum seorang pengurus kerana gagal mencapai sasaran jualan.

Rakaman video itu menunjukkan sekumpulan pekerja berbaris di luar sebuah pasar raya sebelum seorang pengurus diarah merangkak di tepi jalan.

Syarikat itu berkata, pengurus itu diarahkan merangkak di tepi jalan supaya dia lebih bermotivasi.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan