Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pakistan haramkan filem Bollywood

10:24am 02/10/2016 Pak Roshan 26 views Global
POSTER filem Pakistan yang dilakonkan pelakon India dilihat di luar panggung wayang di Karachi. - Reuters

POSTER filem Pakistan yang dilakonkan pelakon India dilihat di luar panggung wayang di Karachi. – Reuters

Islamabad: Kesatuan yang mewakili pengedar filem serta panggung wayang di Pakistan melarang tayangan filem India di seluruh negara susulan ketegangan yang semakin memuncak antara dua negara itu di wilayah Kashmir.

Keputusan itu susulan tindakan Pertubuhan Penerbit Filem India (IMPPA) melarang pelakon dan juruteknik Pakistan bertugas di set
Bollywood.

Drama itu tercetus selepas India pada Khamis lalu mendakwa melancarkan serangan di kawasan Garisan Kawalan (LoC), iaitu sempadan de facto di kawasan dipertikaikan kononnya terhadap sasaran ‘penggans’ di Kashmir Pakistan.

Dalam satu kenyataan Kumpulan Pengedar dan Penyiar Filem Pakistan berkata: “Kami kesal dengan resolusi IMPPA untuk melarang bintang dan juruteknik Pakistan bekerja di India.

“Sehubungan itu, majoriti pemegang saham industri perfileman Pakistan memutuskan untuk menggantung tayangan bagi semua filem India sehingga keadaan kembali normal.”

Ramai penyanyi dan pelakon Pakistan berlakon dalam filem India dalam usaha memperbaiki hubungan rakyat dua negara yang sering bersaing itu.

Semalam, kakitangan pawagam di Karachi dilihat menurunkan poster yang mengiklankan filem India dan menggantikannya dengan sepanduk filem tempatan atau Hollywood. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan