Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pakatan Rakyat Saling Bergaduh, Usah Mimpi Bentuk Kerajaan Pusat

yahya-hussin

KOTA KINABALU : Pakatan Rakyat (PR) hari ini dinasihatkan jangan bermimpi untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat sebelum dapat membuktikan kepada rakyat mereka boleh bersatu.

Setiausaha Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata, sekiranya PR menang dalam pilihan raya, persoalannya sama ada PR mampu membentuk kerajaan yang bersatupadu seterusnya membuat keputusan sepakat bersama.

“Sedangkan parti dalam pakatan itu sendiri bergaduh.

“Ini dapat dilihat pada situasi terdekat (isu hudud) ketika ini melibatkan para pemimpin DAP (Sarawak) yang mengeluarkan kenyataan tidak mahu PAS berada dalam PR,” katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.

Sehubungan itu, kata Yahya, rakyat perlu menetapkan minda untuk memilih parti yang lebih baik dan layak memegang tampuk kerajaan.

“PR ini bukan seperti Barisan Nasional (BN), tetapi PAS, DAP dan PKR masing-masing memiliki agenda sendiri walaupun berada dalam satu PR,” kata Yahya yang juga Ketua Timbalan Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan