Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pakatan Harapan menang PRK Balakong

Calon PH, Wong Siew Ki, 32 menang dengan majoriti 18,533 undi mengatasi calon MCA yang juga bertanding atas logo sendiri, Tan Chee Teong, 40.Gambar Bernama

BANGI, 8 Sept (Bernama) — Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas lambang sendiri pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong hari ini berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi mereka atas logo parti komponennya PKR pada pilihan raya umum Mei lalu.

Calon PH, Wong Siew Ki, 32 menang dengan majoriti 18,533 undi mengatasi calon MCA yang juga bertanding atas logo sendiri, Tan Chee Teong, 40.

Wong meraih 22,508 undi berbanding Tan yang hanya memperoleh 3,975 undi.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Balakong Datuk Rosli Othman di Dewan Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, di sini kira-kira 8.30 malam tadi.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan