Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pakatan Arab sudah sedia tawan Taiz

SEBAHAGIAN daripada kereta perisai tentera pakatan Arab dan askar Yaman yang sudah disiapkan untuk melancarkan serangan ke atas Taiz, semalam.
SEBAHAGIAN daripada kereta perisai tentera pakatan Arab dan askar Yaman yang sudah disiapkan untuk melancarkan serangan ke atas Taiz, semalam.

Aden: Tentera pakatan Arab dan askar Yaman sudah siap sepenuhnya untuk melancarkan serangan terhadap pemberontak Houthi dan menawan Taiz, bandar ketiga terbesar Yaman yang terletak di barat daya negara itu.

Jurucakap kerajaan Yaman semalam dipetik sebagai berkata, operasi menawan semula Taiz akan dilancarkan paling lewat hari ini.

Sejumlah besar pasukan pejuang sudah berada di Aden menyertai tentera pakatan Arab dan askar Yaman bagi melancarkan serangan berkenaan.

Dia juga berkata lebih ramai tentera dijangka tiba. Menurutnya, tentera pakatan Arab dan sekutu mereka mahu mengambil kesempatan terhadap pertelagahan yang berlaku antara Houthi dan tentera yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

“Terdapat pertelagahan antara Houthi dengan tentera yang memberontak. Ini dapat dilihat menerusi kenyataan bercanggah yang dikeluarkan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, portal berita Masdar memetik sumber tentera sebagai berkata, kumpulan pejuang di Taiz sudah menerima kenderaan berperisai dan kelengkapan perang lain dibekalkan pakatan Arab. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan