Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pakar sakit puan palsu hadapi 28 tuduhan rogol

9:46am 24/01/2016 Pak Roshan 22 views Global
DI Paolo

DI Paolo

Melbourne: Seorang lelaki yang didakwa berpura-pura menjadi pakar sakit puan kini berdepan lebih 80 tuduhan termasuk 28 kes rogol selepas menawarkan perkhidmatan perubatan termasuk rawatan kesuburan selama lebih 10 tahun.

Raffaele Di Paolo, 59, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne kelmarin atas tuduhan bagi tempoh dari Julai 2004 hingga Mei tahun lalu, lapor Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Tuduhan merangkumi sejumlah wanita yang tidak diketahui, termasuk lapan kesalahan berlagak sebagai pengamal kesihatan sah, 28 tuduhan rogol dan 27 memperdaya seorang wanita mengambil bahagian dalam aksi penembusan seksual dengan mendakwa dirinya pengamal perubatan berdaftar.

Di Paolo yang dilahirkan di Itali, berdepan 21 lagi tuduhan memperoleh wang melalui penipuan dengan menerima bayaran dipercayai mencecah A$320,000 (RM957,000) bagi ‘rawatan perubatan.’

Dia juga menghadapi satu tuduhan melaksanakan ubat kesuburan seterusnya membahayakan kesihatan seorang ‘pesakitnya’ secara serius.

Pihak Berkuasa Penyelarasan Pengamal Kesihatan Australia (AHPRA) juga mengenakan lapan tuduhan terhadapnya.

Seorang ‘pesakit’ memberitahu akhbar Age dia menghabiskan lebih A$30,000 (RM90,000) untuk rawatan dengannya.

“Namun, ada perbuatannya yang tidak nampak profesional.

“Pernah dia menggunakan jarum besar untuk menyuntik apa didakwanya sperma suami ke perut saya. Entah apa sebenarnya dimasukkan ke badan,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan