Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pakaian Tradisional Sabah Semakin Lenyap

12:07pm 21/07/2016 Pak Roshan 64 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

sabahKOTA KINABALU, 20 Julai : Sebahagian besar pakaian tradisional masyarakat Sabah kini semakin lenyap, kata Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Tan Sri Wences Angang.

Beliau berkata walaupun negeri ini mempunyai lebih 40 etnik, tidak lebih 10 daripadanya yang masih memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing.

“Tidak banyak kumpulan peribumi memakai pakaian tradisional mereka, berbanding masyarakat lain seperti Kadazan, Murut, Rungus dan Dusun Lotud.

“Saya percaya banyak pakaian tradisional kumpulan minoriti sudah lenyap dan Lembaga Kebudayaan Negeri sedang berusaha menjejaki reka bentuknya daripada generasi lebih tua yang memuliharanya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kursus menjahit pakaian tradisional di sini hari ini.

Program tahunan itu diadakan lembaga berkenaan setiap tahun sejak 2007 bagi memulihara dan mempromosikan pakaian tradisional sebagai warisan kebudayaan Sabah.

Wences berkata pakaian tradisional menjadi sebahagian daripada identiti rakyat dan kursus itu diharapkan dapat menghidupkan kembali sikap menghargai pakaian tradisional serta menggalakkan semua etnik di negeri ini memakainya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan