Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,711

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pakaian Tradisi Rungus ‘Tawan’ London Bridge UK

5:27pm 10/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 1233 views Pelancongan,Warisan Budaya
Kelihatan, Sherone Fung (dua dari kiri) bersama Prisca (kanan sekali), Lusilah (kiri sekali), Nailiga (dua dari kanan) dan Edwin berpakaian tradisi Rungus mengabadikan kenangan berdekatan Jambatan Menara (Tower Bridge/London Bridge) London, England.

Kelihatan, Sherone Fung (dua dari kiri) bersama Prisca (kanan sekali), Lusilah (kiri sekali), Nailiga (dua dari kanan) dan Edwin berpakaian tradisi Rungus mengabadikan kenangan berdekatan Jambatan Menara (Tower Bridge/London Bridge) London, England.

LONDON- Persatuan Momogun Rungus sabah ( SAMORA ) berjaya mengangkat nama suku kaum Rungus di samping menjalankan misi memperkenalkan budaya negeri Sabah dan negara di mata dunia.

Mereka bukan sahaja secara langsung memperkenalkan produk-produk kraftangan Rungus tetapi juga pakaian-pakaian tradisi Rungus iaitu pakaian utama Rungus (wanita & lelaki) dan terbaru pakaian kedua Rungus iaitu “Sukolob”.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong yang juga Presiden SAMORA berkata, mereka sesengguhnya telah mencipta sejarah kerana menjadi pasukan pertama Rungus yang menjejakkan kaki di London dengan berpakaian lengkap tradisi Rungus.

“Tahniah sekali kepada team SAMORA yang diketuai oleh Sherone Fung – Johan Gimpuhut Momogun Rungus (GMR), Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) Pesta Magahu 2016. Turut serta ialah Cik Prisca Junai – Naib Johan GMR, Cik Lusilah Retni – Top 7 MGM / Mantan Ratu Fesyen Festival Gong 2015 , Puan Nailiga Parasin (Pakar Tenunan) dan En Edwin Majius (wakil khas Presiden SAMORA)”, katanya.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan