Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pakaian Stacy Kontroversi, Akim Padam Gambar

stacy

TIDAK mahu peminat terus bertelagah sesama sendiri, penyanyi Akim Ahmad bertindak memadam gambarnya bersama Stacy dan anak angkat mereka yang dimuat naik di Instagram pada awal tahun baharu.

Pertelingkahan ini timbul gara-gara sesetengah peminat mengkritik pakaian Stacy yang dikatakan menampakkan bentuk badan dan baby bump-nya dalam gambar tersebut.

Terkilan dengan situasi itu, Akim lantas memadamkan gambar itu kerana enggan memanjangkan isu terbabit.

“Saya tidak menyangka pula gambar untuk mengucapkan tahun baharu dan penghargaan kepada peminat menjadi tempat bergaduh. Tujuan utama ia dimuat naik kerana saya ingin menyambut 2017 dengan tangan terbuka dan aura positif.

“Malah, saya juga jarang memuat naik gambar bersama keluarga, namun begini pula jadinya. Peminat bertelingkah mengenai baju yang dipakai Stacy kerana menampakkan bentuk tubuh. Sebenarnya baju itu selesa digayakan oleh ibu yang sarat mengandung sepertinya.

“Lebih baik gambar itu dipadam kerana saya tidak mahu peminat terus bergaduh di ruangan komen. Saya yakin itulah tindakan terbaik,” katanya kepada BH Online.

Menerusi gambar itu, Stacy dilihat mengenakan dress panjang berwarna kelabu sambil mengenakan topi dan kaca mata.

Sementara itu, rata-rata peminat dilihat tidak menyalahkan Stacy kerana memahami statusnya yang baru bergelar mualaf sebaliknya berharap Akim dapat memberi ajaran Islam yang sebenar kepada isterinya.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy kini sedang sarat hamil dan dijangka bersalin pada bulan Februari. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan