Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pairin Tunggu Laporan Terperinci Kes Rasuah JKNS

Datuk Joseph Pairin Kitingan.-Gambar Oleh Alexion Mairin

 

KOTA KINABALU, 25 Jan – Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata pihaknya sedang menunggu laporan terperinci mengenai dakwaan kes rasuah mebabitkan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) baru-baru ini.

Katanya, beliau mengetahui perkara itu melalui laporan media dan kini sedang menunggu laporan terperinci daripada Pengarah JKNS, Mohd Zain Mohd Said.

“Biar kita menunggu perkembangan siasatan kes oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tenaga Lestari 2018 di sini hari ini.

Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan tiga pegawai kanan JKNS dan seorang kontraktor oleh SPRM awal minggu ini berhubung kes rasuah membabitkan projek infrastruktur pengangkutan kereta api di negeri itu.

Selasa lalu, empat individu terbabit termasuk seorang timbalan pengarah direman tujuh hari bagi membantu siasatan men gikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

SPRM Sabah dilaporkan telah menyita wang tunai berjumlah RM4 juta daripada empat individu berkenaan yang dirampas daripada peti simpanan milik individu berkenaan di beberapa buah bank.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan