Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pairin: Sumber bekalan air bersih berada di paras yang terkawal

Pairin ketika melawat muka sauk Kasigui, disini hari ini. Turut kelihatan Ir Teo (ketiga dari kanan) memberi taklimat berkenaan pencemaran air di kawasan tersebut. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Pairin ketika melawat muka sauk Kasigui, disini hari ini. Turut kelihatan Ir Teo (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Pairin berkenaan pencemaran air di kawasan tersebut. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

PENAMPANG- Bekalan air bersih di daerah ini dijangka mencukupi bagi menghadapi fenomena El- Nino atau musim panas dan kering ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Jabatan Air negeri sedang meneliti beberapa kaedah bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi bagi semua penduduk setempat terutamanya semasa musim panas dan kering ini.

“Kita semua sedia maklum akibat daripada Fenomena El- Nino ini menyebabkan jumlah taburan hujan berkurangan dan kita khuatir muka sauk tidak cukup bekalan air. Namun, bekalan air bersih secara keseluruhannya masih berada di tahap yang terkawal,”katanya katanya kepada media selepas melawat muka sauk Kasigui di sini hari ini.

Selain itu, Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri menyeru kepada penduduk setempat agar tidak membuat pencemaran di sungai berhampiran bagi memastikan air sungai berkualiti dan boleh dijadikan sebagai bekalan sumber air bersih.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri, Ir Teo Chee Koon yang hadir sama semasa lawatan tersebut berkata pengeluaran air bersih bagi kedua- dua loji rawatan air di Kasigui dan Madsiang boleh mencapai sehingga 100 juta liter sehari.

“Sekarang ini, kita hanya mampu pam air sebanyak 75 juta liter sehari iaitu 25 juta liter sehari dari muka sauk Kasigui dan 50 juta liter sehari dari muka sauk Madsiang.

“Apabila jumlah bekalan air dirawat di Kasigui ini meningkat, ini membolehkan bekalan air bersih di daerah ini bertahan sehingga bulan Ogos.

“Kaedah tersebut dapat membantu kita menjimatkan pengeluaran air bersih daripada empangan Babagon yang semakin berkurangan,” katanya.
Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Ir. Teo Chee Koon

Ir. Teo Chee Koon -foto: Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan