Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pairin nafi perluasan PBS ke seluruh Malaysia mempunyai agenda tersendiri

3:46pm 23/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 201 views Berita Pilihan,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan
Musa (kanan), Pairin,dan Yahya bersalaman

Musa (kanan), Pairin,dan Yahya bersalaman. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menafikan bahawa perancangan perluasan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai “Trojan Horse” untuk membawa UMNO ke negeri Sarawak.

Menurut Pairin, perancangan tersebut telah dibincang sejak tahun 1995 dan usul tersebut telah diterima oleh persidangan perwakilan.

“Perancangan tersebut bertujuan untuk mengambil kira penyokong-penyokong dari Sabah yang tinggal di luar wilayah seperti Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ini kerana bilangan penduduk negeri ini yang menetap di dua wilayah tersebut agak tinggi”, katanya.

Pairin berkata demikian kepada media ketika sidang akhbar sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini (Isnin).

Selain itu, perancangan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada rakyat negeri ini yang berada di Sarawak dan Semenanjung Malaysia agar dapat memainkan peranan mereka terutamanya dalam bidang politik secara adil dan saksama.

Disamping itu, perluasan operasi PBS juga dapat melicinkan jambatan perhubungan di antara Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan