Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pairin: Kerajaan negeri sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan El-Nino

6:18pm 15/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 11 views Tempatan,YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
Pairin (ketiga dari kiri) merasmikan majlis penamaan Jalan Murni ke M'Oleary, di SM La Salle,Tg. Aru, disini, hari ini.

Pairin (ketiga dari kiri) merasmikan majlis penamaan Jalan Murni ke M’Oleary, di SM La Salle,Tg. Aru, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul termasuk kekurangan bekalan air bersih akibat fenomena El- Nino, kata Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan

Beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata terdapat cadangan termasuk melakukan proses desalinasi dimana garam dalam air laut itu akan disaring sehingga air tersebut menjadi air tawar.
“Secara saintifik, proses tersebut boleh di laksanakan namun ia memerlukan kos yang tinggi untuk meneruskan projek tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa diwawancara sempena majlis menamakan Jalan Murni ke
Jalan Brother Charles M’ Oleary di Sekolah Menengah La Salle,Tg. Aru, disini, hari ini.
Pairin yang juga merupakan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah turut menyeru kepada masyarakat setempat agar menjimatkan penggunaan air semasa musim kering ini.
Sementara itu, Pairin berpendapat bahawa penamaan semula Jalan Murni ke Jalan Brother Charles M’Oleary merupakan satu penghormatan kepada beliau.
“Beliau merupakan faktor yang mempengaruhi kehidupan kami sebagai pelajar di SM La- Salle.
“Sebagai salah seorang bekas pelajar sekolah tersebut, saya sangat bersetuju dengan penamaan semula jalan tersebut. Dalam senario saya, saya tidak akan mendapatkan keputusan yang memuaskan jika bukan kerana pengawasan yang ketat daripada beliau,” kata beliau. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan