Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pairin kekal sebagai ‘Huguan Siou’ – Peter

KOTA KINABALU: “Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kekal sebagai ‘Huguan Siou’ bagi masyarakat KDM dan isu perlantikan ‘Huguan Siou’ yang baru seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar sama sekali.”

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 Datuk Peter Anthony, sekaligus menjawab persoalan yang tular baru-baru ini bahawa beliau akan mengambil alih peranan Pairin sebagai ‘Huguan Siou’.

“Walaupun Kerajan Negeri bukan lagi di bawah Barisan Nasional tetapi kedudukan semua ahli jawatankuasa Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) termasuk ‘Huguan Siou’ masih dikekalkan kerana aspek Kebudayaan tidak sepatutnya dicampur-adukkan dengan politik, “katanya.

Peter berkata, beliau juga telah mengarahkan seperti mana dalam mesyuarat bersama ahli jawatankuasa KDCA yang dilaksanakan baru-baru ini bahawa kesemua AJK KDCA tetap kekalkan.

“Begitu juga dengan kedudukan ‘Huguan Siou’, Tan Sri Pairin tetap akan memegang peranan itu kerana bagi saya buat masa ini dan pada ketika ini tidak ada seorang pun yang boleh mencabar kedudukan beliau sebagai ‘Huguan Siou’ kita,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media, di Majlis Makan Malam Bersama Media Sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018, di sini, hari ini.

Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah turut mengumumkan pembaharuan baru untuk KDCA iaitu menawarkan hadiah baru bagi pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi dan juga KDCA-ISCEP.

Perayaan Kaamatan merupakan pesta yang disambut setiap bulan Mei dan 31 Mei sebagai hari kemuncak oleh masyarakat KDM di Sabah./SayangSabah

Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 Datuk Peter Anthony. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan