Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pairin dahului senarai upacara letakkan karangan bunga Hari Anzac

Pairin mengetuai acara memperingati dengan meletakkan karangan bunga.

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mendahulu senarai upacara meletakkan karangan bunga sempena Hari Anzac 2018.

Ia kemudiannya diikuti oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Michael Growder dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Joseph Pounis Guntavid, Konsulat Republik Indonesia, Krishna Djelani, Konsul Kehormat Perancis di Sabah, Jacques Leizerovici serta Ketua Konsul Jepun (Sabah), Hiroko Mitsuo.

Upacara tahunan itu diadakan bagi memperingati pejuang yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua di Taman Memorial Anzac, Jalan Tugu di sini, pagi tadi.

Sambutan dimulakan dengan acara tabik hormat disusuli dengan tiupan Last Post dan bertafakur selama seminit bagi memberikan penghormatan kepada mereka yang telah terkorban dan diakhiri dengan tiupan Rouse.

Sebelum itu,Michael Growder melepaskan 225 peserta acara larian ‘Lest We Forget Run’ sejauh tujuh kilometer bermula dari Padang Merdeka dan tamat di Perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 7.40 pagi.

Sejumlah 22 kontinjen membabitkan 690 anggota antaranya Tentera DiRaja Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Imigresen./PENERANGAN-

Pairin (tengah), Yeo (kiri) dan Krishna (kanan) dan jemputan yang hadir merakamkan gambar kenangan di Taman Memorial Anzac.

Komen


Berita Berkaitan