Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pairin Belum Terima Laporan Siasatan Terhadap Pegawai Kanan

pairin

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan belum menerima sebarang laporan berhubung dua pegawai kanan kementeriannya yang direman untuk siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan kes penyalahgunaan kuasa.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata beliau dinasihati oleh setiausaha tetap beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman supaya menunggu laporan rasmi sebelum prosedur tertentu boleh dilaksanakan.

“Buat sementara waktu, kita boleh berpegang kepada undang-undang yang menyatakan bahawa seseorang itu dianggap sebagai tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

“Saya harap kedua-dua pegawai berkenaan akan dapat memberi penjelasan yang sebaik-baiknya kepada SPRM supaya mereka boleh meneruskan tugas masing-masing dengan tenang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dua pegawai kanan kerajan itu seorang pengarah dan seorang timbalan pengarah adalah antara empat suspek yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan dalam kes penyalahgunaan kuasa melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

Sehingga kini, SPRM merampas lebih RM114.5 juta daripada suspek dan keluarga mereka, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan itu.

Dalam sidang akhbar pada Rabu (5 Okt), Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki berkata rampasan wang tunai itu merupakan yang terbesar dalam sejarah SPRM membabitkan penjawat awam. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan