Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Padau Race’ Acara Pelancongan Tingkat Sosio Ekonomi Penduduk Beluran

ANTARA aksi 'Padau Race'
ANTARA aksi peserta ‘Padau Race’

BELURAN : Penganjuran ‘Padau Race’ atau perlumbaan perahu menjadi satu lagi potensi pelancongan budaya bagi melonjakkan pembangunan dan meningkatkan sosio-ekonomi rakyat di daerah Beluran.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri sentiasa menyambut baik dan menyokong penuh apa juga usaha dan inisiatif yang diambil oleh pelbagai pihak dalam usaha memartabatkan warisan suku kaum dan etnik.

Katanya penganjuran Padau Race amat baik dan bertepatan untuk mengekalkan budaya bangsa suku kaum Tidong, khususnya di daerah ini.

“Saya percaya Padau Race boleh dipromosikan secara lebih berkesan untuk menarik pelancong dan pengunjung ke sini,” katanya pada Majlis Perasmian Padau Race (Ampalud De Padau) di sini, Sabtu.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Radin Malleh.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Pembantu Menteri Kewangan Datuk Michael Asang.

Musa berkata penganjuran acara ini boleh ditambah nilai dengan lebih kreatif dan menarik seperti mengadakan pelbagai acara melibatkan semua lapisan rakyat di samping mengadakan dua kategori pertandingan berbentuk perlumbaan dan juga padau berhias.

Katanya ini antara penekanan oleh kerajaan negeri dalam melaksanakan pembangunan secara menyeluruh di setiap daerah berasaskan kekayaan khazanah alam dan budaya penduduk negeri ini.

“Sabah bukan sahaja memiliki keindahan alam semula jadi bertaraf dunia, tetapi juga kepelbagaian suku kaum dan etniknya yang terdapat di setiap daerah di seluruh negeri,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan