Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Padah tunjuk kemewahan

11:15am 17/09/2016 Pak Roshan 4204 views Global
GAMBAR menunjukkan Watson memandu sebuah kereta mewah. Gambar kanan, Watson berendam di dalam tab mandi bersama wang tunai. - Caters News Agency

GAMBAR menunjukkan Watson memandu sebuah kereta mewah. Gambar kanan, Watson berendam di dalam tab mandi bersama wang tunai. – Caters News Agency

London: Kegiatan seorang pengedar dadah berjaya dibongkar polis selepas suspek menunjuk-nunjuk kehidupan mewahnya di laman sosial termasuk berendam di tab mandi bersama wang tunai.

Levi Watson, 29, pernah ditahan polis di daerah West Midlands kerana disyaki terbabit dalam satu sindiket pengedaran dadah tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tiada sebarang pendapatan dan menjalani kehidupan sederhana.

Namun polis mula curiga selepas mendapati Watson sering menunjuk-nunjuk kehidupan mewahnya di laman sosial Instagram.

Antara gambar yang dimuat naik Watson termasuklah bercuti ke luar negara, menaiki helikopter, berendam dalam tab mandi bersama wang tunai dan memandu kereta mewah. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan