Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Padah tolong kawan

10:13am 06/05/2016 Pak Roshan 119 views Global
POLIS mengiring suspek yang ditutup mata di mahkamah di Abbottabad.

POLIS mengiring suspek yang ditutup mata di mahkamah di Abbottabad.

Peshawar: Seorang wanita Pakistan diberi dadah, dicekik hingga mati sebelum mayatnya dibakar kerana membantu rakannya melarikan diri bersama kekasih.

Mangsa berusia 20-an itu, dibunuh dan dibakar dalam sebuah van atas arahan jirga (jawatankuasa kampung) di Makol, barat laut Pakistan pada 29 April lalu.

Menurut polis, 14 suspek termasuk ibu mangsa ditahan kerana kejadian itu.

“Polis menahan 13 ahli jirga yang mengarahkan gadis itu dibunuh. Ibu mangsa ditahan kerana menyokong keputusan jirga itu,” kata ketua polis daerah, Khurram Rasheed kepada AFP.

Kesemua 14 suspek hadir ke mahkamah antikeganasan tempatan semalam atas dakwaan membunuh dan keganasan.

Pemilik van itu juga ahli jirga.

Vannya dibakar kerana wanita yang melarikan diri bersama kekasih itu – yang dipercayai selamat disembunyikan- menggunakannya ketika dia melarikan diri.

Ratusan wanita dibunuh saudara sendiri di Pakistan setiap tahun atas alasan mempertahankan maruah keluarga, tetapi jarang sekali berlaku pihak yang membantu mereka turut dibunuh.

Pakistan meminda kod jenayahnya pada 2005 bagi mengelak orang yang membunuh saudara perempuan terlepas daripada hukuman hanya disebabkan mereka waris mangsa.

Bagaimanapun, masih terpulang kepada budi bicara hakim untuk memutuskan sama ada mengenakan hukuman penjara apabila saudara lain mangsa memaafkan si pembunuh.

Perdana Menteri Nawaz Sharif juga berjanji membasmi kekejaman pembunuhan demi maruah tetapi setakat ini tiada undang-undang baru dibentangkan. –  AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan