Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Padah tipu kena culik

FORD bersama teman wanitanya, Zeo Doyle. FOTO Facebook Zoe Doyle

 

London: Seorang lelaki yang memalsukan penculikannya sendiri bagi mendapatkan wang tebusan daripada teman wanita membawa padah apabila dia dihukum penjara selepas mengaku bersalah kerana membuang masa polis mencarinya.

Polis melancarkan operasi mencari Leigh Ford, 45, Januari lalu selepas lelaki itu menghubungi teman wanitanya, Zoe Doyle mendakwa dia diculik dan penculik mengancam mahu memotong kemaluannya.

Zoe yang panik segera membayar wang tebusan £80 (RM428) yang dipindahkan secara dalam talian sebelum menghubungi polis untuk meminta bantuan.

“Saya dengar suara lelaki menjerit yang mengancam mematahkan kaki Ford, menyimbah air panas serta memotong kemaluannya.

“Pada waktu itu saya sangat panik dan segera membayar wang tebusan,” katanya yang dipetik Mail Online.

Polis menghantar helikopter dan seorang perunding terlatih untuk membantu operasi mencari lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, selepas siasatan, polis menemui rakaman kamera keselamatan menunjukkan Ford bersama rakannya keluar dari kedai selepas membeli arak.

Lelaki itu ditangkap selepas dia pulang ke rumah sehari selepas itu dan didakwa atas tuduhan membuang masa polis.

Menurut Mail Online, polis memberitahu, keseluruhan operasi mencari dan menyiasat kehilangan lelaki itu membabitkan kos berjumlah £30,000 (RM160,729).

Ford yang didakwa di Mahkamah Majistret Blackpool, baru-baru ini mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan dan dihukum penjara 16 minggu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan