Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Padah tegur orang mabuk

padah tegur orang mabuk

KUCHING: Gara-gara mabuk, seorang buruh kasar berusia 24 tahun hilang pertimbangan sehingga tergamak memukul kepala bapa saudaranya sehingga menyebabkan kematian dalam satu insiden berdarah di Kampung Subang Tiang Bekap di Batu 24, Jalan Kuching-Serian.

Dalam insiden sekitar jam 7 malam itu, mangsa yang dikenal pasti sebagai David Taip dikatakan menegur anak saudaranya itu yang sedang menikmati minuman keras bersama dua lagi rakannya.

Tak tahan dengan teguran tersebut, suspek dikatakan mula bertengkar dengan mangsa di sebuah rumah tidak bernombor itu, sebelum memukul kepala pemandu lori ayam itu menggunakan objek tumpul, dipercayai besi.

Suspek kemudian dikatakan melarikan diri menggunakan motosikal.

Akibat pukulan tersebut, bapa kepada tiga anak itu yang mengalami kecederaan parah di bahagian dahi, menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.

Bapa kepada suspek yang menyedari insiden itu segera menghubungi abangnya bagi memaklumkan insiden itu sebelum memintanya membuat laporan polis.

Hasil siasatan di lokasi, polis menemui senjata yang digunakan untuk membunuh dan seterusnya merampasnya sebagai bahan bukti.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Difahamkan, suspek telah menyerah diri di Balai Polis Tapah kira-kira jam 4.45 pagi semalam dan kini ditahan reman.

Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superintenden Pauzi Bujang yang mengesahkan insiden tersebut ketika dihubungi mengklasifi kasikan kejadian itu sebagai kes bunuh.

Pegawai Penyiasat ASP Rowney Michael Jalak menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -SUMBER PHOTO- UtusanBorneo

Komen


Berita Berkaitan