Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Padah songlap RM151.34j

9:27am 21/11/2015 Pak Roshan 2 views Global
SUN Ho

SUN Ho

Singapura: Enam pemimpin sebuah kumpulan Kristian di Singapura dihukum penjara semalam selepas didapati bersalah menggelapkan dana gereja berjumlah Sg$50 juta (RM151.34 juta) bagi menaikkan karier nyanyian isteri ketua paderi.

Pendakwa raya berkata, kes berkenaan adalah skandal kewangan terbesar membabitkan dana kebajikan dalam sejarah Singapura.

Wang itu digunakan untuk pelbagai promosi termasuk membiayai muzik video menampilkan artis antarabangsa seperti penyanyi rap, Wyclef Jean.

“Semua tertuduh didapati bersalah melakukan kesalahan serius kerana menyalahgunakan kepercayaan dan wang penderma yang digunakan untuk tujuan tertentu,” kata hakim, See Kee Oon.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun terhadap ketua pastor Gereja City Harvest (CHC), Kong Hee, 51.

Lima lagi tertuduh masing-masing dikenakan hukuman penjara dari 21 bulan hingga enam tahun.

Kesemua tertuduh didapati bersalah dalam satu penipuan pada Oktober lalu kerana menyalurkan dana CHC berjumlah Sg$24 juta (RM72.65 juta) bagi membantu isteri Kong yang juga penyanyi pop Mandarin, Sun Ho memasuki pasaran lagu bahasa Inggeris.

Mereka juga didapati bersalah menggelapkan wang dana gereja berjumlah Sg$26 juta (RM78.70 juta) bagi menutup jejak dengan membuat beberapa transaksi kewangan palsu yang kompleks.

Semua paderi itu diarahkan melaporkan diri ke penjara untuk memulakan hukuman pada 11 Januari ini selepas ikat jamin mereka dilanjutkan.

Pendakwa raya sebelum ini menuntut semua tertuduh dikenakan hukuman lebih berat dan mahu Kong dan tiga lagi dipenjara antara 11 hingga 12 tahun.

Kong dilihat tenang ketika hakim menjatuhkan hukuman dan dia juga enggan bercakap dengan wartawan selepas perbicaraan itu.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan