Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Padah pesta larian lembu

palponarun

PAPLONA (SEPANYOL): Seekor lembu menanduk dua warga tempatan dan menghumban beberapa yang lain ke udara ketika larian lembu di pesta San Fermin, di sini.

Mengikut kenyataan kerajaan tempatan Navarra, dua lelaki itu ditanduk di kaki manakala lima lain dibawa ke hospital kerana cedera ringan dalam kejadian jam 8 pagi itu.

Kejadian berlaku selepas seekor lembu terpisah dari kumpulannya dan merempuh orang ramai, mengakibatkan keadaan menjadi panik.

Larian lembu adalah acara kemuncak bagi setiap daripada sembilan hari pesta yang diadakan di jalanan Pamplona itu dan disertai ribuan pelancong setiap tahun.

Puluhan orang sering cedera sepanjang festival itu setiap tahun, kebanyakannya akibat terjatuh ketika melarikan diri.
Malah 15 orang mati ditanduk sejak pihak berkuasa mula menyimpan rekod festival berkenaan pada 1924.

Dalam pesta tahun ini, empat rakyat tempatan dan seorang warga Amerika dilaporkan ditanduk setakat ini, namun hanya seorang lelaki Sepanyol dilaporkan parah.

Enam lembu jantan yang dimasukkan dalam larian itu selalunya dibunuh selepas acara lawan lembu pada sebelah petang. – AP

Komen


Berita Berkaitan