Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Padah percaya ‘autopilot’ kereta

Kereta elektrik Tesla Model S yang dilengkapi sistem pemanduan automatik. - Foto EPA/Reuters
Kereta elektrik Tesla Model S yang dilengkapi sistem pemanduan automatik. – Foto EPA/Reuters

Washington: Seorang lelaki yang amat bangga dengan sistem keselamatan dan kecanggihan pemanduan automatik (autopilot) kereta sedan Tesla Model S sehingga menamakan kereta itu ‘Tessy’, menjadi mangsa pertama di Amerika Syarikat terbunuh kerana menggunakan pemanduan automatik itu.

Jabatan Keselamatan Lalu Lintas Kebangsaan yang mengumumkan kematian itu hari ini, menyatakan ia sedang menyiasat reka bentuk dan prestasi sistem pemanduan automatik itu.

Mangsa dikenali sebagai Joshua D Brown, 40, dari Canton, Ohio, terbunuh pada 7 Mei lalu, di Williston, Florida, selepas kamera pemanduan automatik gagal mengesan traktor menarik treler menyebabkan kereta itu tidak membrek. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan