Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Padah nak menunjuk

xray
GAMBAR imbasan X-ray menunjukkan paku yang berada di dalam perut seorang lelaki.

Aksu, China: Gara-gara mahu menunjuk-nunjuk, seorang lelaki di sini terpaksa dimasukkan ke hospital apabila dia menelan lapan paku di hadapan rakannya.

Lelaki berusia 28 tahun itu menelan paku sepanjang 15 sentimeter pada 17 Mac lalu, tetapi tidak mengalami sebarang masalah kesihatan selepas itu.

Dia menelan paku berkenaan selepas memberitahu rakannya bahawa dia terlatih untuk membuat aksi memasukkan pedang ke dalam mulut.

Selepas diketawakan rakannya, lelaki itu mengeluarkan sebungkus paku dari kocek seluarnya dan terus menelannya satu persatu.

Lelaki itu menelan sebanyak lapan paku sebelum rakannya meminta dia berhenti kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan