Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Padah mulut longkang

CHUCHUK makanan istimewa di Kyrgyzstan dan Kazakhstan.
CHUCHUK makanan istimewa di Kyrgyzstan dan Kazakhstan.

Bishkek (Kyrgyzstan): Seorang lelaki Britain digertak dengan hukuman penjara lima tahun selepas menggelar makanan kebangsaan Kyrgyzstan sebagai zakar kuda yang dianggap menghina dan menghasut.

Michael Mcfeat, 39, pelombong emas di Kyrgyzstan, ditahan kerana kata-katanya itu di Facebook pada malam ambang Tahun Baru, minggu lalu.

Mcfeat memuat naik gambar rakan sekerjanya beratur mengambil ‘chuchuk’ iaitu sosej dibuat daripada daging dan usus kuda.

“Mereka menanti makanan istimewa kegemaran mereka – zakar kuda,” katanya.

Kata-katanya itu menimbulkan kemarahan rakan sekerja di lombong emas Kumtor sehingga mereka mogok keesokannya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan