Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Padah miliki kad pengenalan orang lain

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan


KOTA KINABALU – Seorang warga Filipina menerima padah apabila dijatuhi hukuman 16 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas didapati bersalah memiliki kad pengenalan milik orang lain.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus juga memerintahkan tertuduh Jumat Mohamad, 45, untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen sebaik selesai menjalani hukuman penjara tersebut.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di Jalan Pantai Sembulan di sini jam 9.26 malam pada 3 Julai lepas.

“Anggota polis yang membuat pemeriksaan ke atas tertuduh mendapati gambar dalam kad pengenalan terbabit berbeza dengan wajah tertuduh,” kata Pegawai Pendakwa Inspektor Henry Is Fandiar kepada mahkamah, hari ini.

Siasatan lanjut polis kemudian mendapati pengadu mengaku membeli kad pengenalan itu dengan harga RM400 daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Atas kesalahan itu, Jumat didakwa mengikut Seksyen 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan hukuman tiga tahun penjara atau denda sehingga RM20,000.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan