Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Padah menyimpan “Dadah” di dapur rumah

4:06pm 31/12/2015 Leolerry Lajius 214 views Tempatan

gari1

KOTA KINABALU: Seorang wanita dan tujuh orang lelaki ditangkap dalam satu serbuan sebuah rumah di Inanam yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu.

Kesemua suspek yang terdiri daripada tiga orang berstatus warganegara dan selebihnya warga asing berada di dalam rumah tersebut dan cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra,hasil pemeriksaan di dapur rumah tersebut pihak polis telah menemui satu beg plastik warna merah bertulis LEVI’S STORE yang disangkut pada dinding berisi sebuah beg kain berzip dan didalamnya mengandungi lima paket plastik lutsinar sederhana besar dan masing-masing berisi ketulan hublur jernih disyaki dadah jenis SYABU dengan anggaran kasar seberat 62.47 gram.


“Anggaran harga dadah yang dirampas ialah RM 8000.00 dan hasil ujian kencing kesemua suspek adalah Negatif dadah berbahaya,”katanya.


Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Dadah yang dirampas oleh pihak polis.

Dadah yang dirampas oleh pihak polis.


Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan