Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Padah menipu

GAMBAR yang dirakam penyiasat menunjukkan Caltabiano memandu kereta. Gambar kecil, Caltabiano.
GAMBAR yang dirakam penyiasat menunjukkan Caltabiano memandu kereta. Gambar kecil, Caltabiano.

New York: Seorang lelaki dihukum penjara empat tahun sembilan bulan kerana menipu tuntutan bantuan kurang upaya berjumlah AS$1.3 juta (RM5.24 juta) dengan mendakwa dirinya buta.

Penipuan lelaki itu, John Caltabiano, 49, terbongkar selepas penyiasat melihat dia memandu kereta dan membaca buku.

Caltabiano mendakwa dia kehilangan penglihatannya dalam satu kemalangan di tempat kerja pada 2006.

Dalam borang permohonan bantuan kelainan upaya, Caltabiano memberitahu, dia tidak boleh memandu, memasak, berjalan atau bercukur tanpa bantuan orang lain.

“Saya hanya duduk di dalam gelap dan mendengar televisyen,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan