Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Padah hina raja

8:48am 18/10/2016 Pak Roshan 1852 views Global
UMAPORN dipaksa memberi penghormatan kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej di Koh Samui, semalam, selepas dituduh menghina raja itu. - AP

UMAPORN dipaksa memberi penghormatan kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej di Koh Samui, semalam, selepas dituduh menghina raja itu. – AP

Bangkok: Seorang wanita yang dituduh menghina mendiang raja Thai dipaksa melutut di hadapan potretnya di luar sebuah balai polis di Pulau Samui selepas ratusan orang mendesak dia meminta maaf.

Penangkapan dan tindakan untuk memalukan wanita itu di hadapan khlayak ramai kelmarin adalah beberapa kejadian seumpamanya yang berlaku selepas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej Khamis lalu.

Dua anggota polis membawa wanita berkenaan, Umaporn Sarasat, 43, di hadapan potret Bhumibol di balai polis Bophut di Samui sebelum dia melutut dan mengadakan upacara kegamaan sebelum masuk dan keluar dari balai berkenaan.

Orang ramai, sebahagiannya menjulang gambar mendiang raja itu, mengejek Umaporn apabila dia tiba di balai polis itu.

Anggota polis terpaksa membentuk rantai manusia untuk melindungi wanita itu daripada diserang. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan