Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Padah hadiah Krismas

10:12am 06/01/2016 Pak Roshan 9 views Global
ASH Ibraheim di dalam bilik anaknya yang musnah dalam kebakaran.

ASH Ibraheim di dalam bilik anaknya yang musnah dalam kebakaran.

Sydney: Sebuah rumah milik satu keluarga di sini musnah dalam kebakaran semalam sebuah hoverboad yang dicas terbaklar, kata pegawai.

Pihak berkuasa berkata, hoverboard itu dicas di dalam bilik anak perempuan keluarga berkenaan di Melbourne sebelum ia terbakar.

Keluarga berkenaan berjaya menyelamatkan diri selepas penggera asap berbunyi, tetapi rumah mereka musnah teruk.

Hoverboard semakin popular di seluruh dunia dan mula dijual di Australia dengan harga Aus$200 (RM653).

Bagaimanapun, timbul kebimbangan mengenai bahaya jika digunakan di jalan raya atau kaki lima, isu keselamatan kepada pengguna dan laporan yang mengatakan pengecas yang tidak direka dengan baik boleh menyebabkan kebakaran.

Bapa gadis terbabit, Ash Ibraheim berkata, dia sudah memastikan tiga hoverboard yang dibeli untuk empat anak perempuannya sempena Krismas lalu menepati standard Australia.

“Kami dengar banyak versi import yang tidak mematuhi syarat, jadi kami mahu memastikan yang kami mendapat barangan yang betul,” katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Menurutnya, dia bersyukur percikkan api yang tercetus kira-kira 10 minit selepas hoverboard itu dicas tidak memulakan kebakaran ketika anaknya tidur.

“Apabila bomba tiba seluruh rumah sedang terbakar,” katanya.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan