Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Padah dengki rakan sendiri

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Abu Dhabi: Seorang amah warga Indonesia yang membunuh bayi majikannya yang berusia empat bulan dengan menghantuk kepalanya pada meja bakal dihukum mati selepas rayuan ditolak.

Defendan yang dikenali sebagai ST dituduh membunuh bayi dinamakan Malak itu kerana cemburu dengan pengasuh Filipina mangsa, tahun lalu.

Tanpa pengetahuan S.T, kejadian itu dirakam kamera keselamatan di kediaman majikannya yang menunjukkannya mengeluarkan bayi itu dari tempat tidurnya sebelum kembali bersama mangsa.

Media melaporkan, kepala bayi itu dipercayai dihentak pada meja dengan niat untuk ‘mengenakan’ rakan Filipinanya yang bekerja dengan majikan sama.

Kejadian berlaku ketika pengasuh berbangsa Filipina itu mandi dan tidak menyedari kejadian yang berlaku, namun, sebaik keluar dari tandas, dia mendapati bayi yang cedera itu sesak nafas. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan