Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,998

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Padah cabul warga Britain

8:19pm 11/01/2017 Pak Roshan 229 views Jenayah,Mutakhir

KOTA KINABALU: Seorang tukang urut dipenjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah mencabul seorang pelancong wanita warga British.

Pendatang asing tanpa izin, Faizal Sintaan, 19, didakwa mencabul wanita berusia 18 tahun itu ketika diurut di sebuah pusat beli-belah di sini, jam 7 malam, 4 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh didakwa meraba kemaluan dan dada mangsa, selain memeluk serta mencium lehernya hingga meninggalkan kesan.

Ketika kejadian, mangsa cuba menolak tertuduh tetapi tidak menjerit kerana takut sebelum ke kaunter untuk membuat bayaran dan meninggalkan pusat urut berkenaan.

Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu.

Tertuduh yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, ditahan pada hari sama.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh sama dijatuhkan hukuman penjara empat tahun mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pengenalan diri.

Kedua-dua hukuman terhadap tertuduh dijalankan secara berasingan, bermula dengan hukuman mengikut Akta Imigresen. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan