Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Padah buat kecoh tak dapat lihat kelahiran anak

9:10am 21/11/2015 Pak Roshan 2 views Global
onar

MORLANG

Richfield (Utah): Seorang lelaki didakwa di mahkamah selepas menimbulkan kekecohan apabila membuat ancaman bom di sebuah hospital semata-mata kecewa tidak dapat menyaksikan kelahiran anaknya.

Michael Morlang, 26, didakwa Rabu lalu dan bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

Dia didakwa menyebabkan Pusat Perubatan Sevier Valley Richfield, Utah, memindahkan pesakit serta ditutup beberapa jam pada 17 September lalu kerana ancaman bom.

Isteri dan bapa mentuanya memberitahu penyiasat, Morlang bertindak sedemikian kerana kecewa tidak berada di sana sewaktu kelahiran anak mereka.

Disebabkan itu dia berang selepas mengetahui isterinya akan menjalani prosedur untuk mengelak kehamilan seterusnya.

“Pihak hospital terpaksa memindahkan semua orang termasuk menutup hospital terbabit selama beberapa jam.

“Mereka yang mahu mendapatkan rawatan kecemasan termasuk pesakit dalam ambulans terpaksa dilencongkan ke hospital lain,” kata jurucakap Pejabat Peguam Amerika Syarikat, Melodie Rydalch.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan