Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Padah beri cucu main paku

9:19am 10/07/2016 Pak Roshan 373 views Global
GAMBAR menunjukkan kedudukan paku dalam perut mangsa dan selepas ia dikeluarkan.

GAMBAR menunjukkan kedudukan paku dalam perut mangsa dan selepas ia dikeluarkan.

Nanchang (China): Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia menelan sebatang paku yang diberikan neneknya untuk bermain.

Wanita berkenaan memberikan cucunya sebatang paku sepanjang lima sentimeter kerana menyangka objek itu terlalu panjang untuk ditelan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu pada mulanya dilihat memegang paku itu tetapi beberapa minit kemudian objek berkenaan didapati hilang.

Wanita itu panik kerana mengesyaki cucunya sudah menelan paku berkenaan dan terus membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Doktor yang membuat imbasan X-ray mendapati paku berkenaan berada di perut kanak-kanak itu.

Namun, hospital itu tiada kelengkapan untuk mengeluarkan paku berkenaan dan terpaksa menghantar kanak-kanak itu ke sebuah hospital di Guangdong.

Apabila keluarga kanak-kanak itu tiba di hospital Guangdong pada keesokan harinya, doktor mendapati paku itu sudah berubah kedudukan.

Paku itu kini berada terlalu dalam untuk doktor mengeluarkannya dengan menggunakan kaedah endoskopi.

Doktor yang tiada pilihan terpaksa membuat satu pembedahan yang berlangsung selama sejam untuk mengeluarkan paku itu.

Kata doktor, kanak-kanak itu bernasib baik kerana paku itu tidak mencederakan perut dan ususnya.

Kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan dibenarkan keluar dari hospital selepas beberapa hari. -myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan