Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perlumbaan Pacuan 4×4 kembali sempena Pesta Kaamatan

Alexander Leong.
Alexander Leong.

KOTA KINABALU  – Peminat kenderaan pacuan empat roda di seluruh negeri dijemput memeriahkan penyertaan Perlumbaan Pacuan Empat Roda Penampang Keempat (terbuka kepada amatur) yang diadakan pada 22 hingga 24 April ini sempena sambutan Pesta Kaamatan.

Anjuran Kelab Pacuan Empat Roda Penampang (PFWDC), program tiga hari itu setakat ini mendapat maklum balas positif daripada peserta dari daerah Tawau, Kota Kinabalu, Kota Belud, Lahad Datu, Kota Marudu, Sandakan, Keningau, Sipitang, Beaufort, Sarawak serta negara jiran, Brunei Darussalam.

Pengerusi penganjur, Alexander Leong berkata, pihaknya menjangkakan penyertaan lebih ramai dalam pertandingan itu pada tahun ini.

“Kita hadkan kepada 20 buah kenderaan bagi kategori dua pintu manakala 20 kenderaan bagi kategori empat pintu dan penyertaan diterima berdasarkan `siapa cepat dia dahulu’

“Dalam pertandingan ini, kami turut memutuskan untuk membuka penyertaan bagi mereka yang pernah memenangi perlumbaan sebelum ini termasuk dalam Perlumbaan Antarabangsa Borneo Safari,” katanya di sini hari ini.

Alexander berkata, walau bagaimanapun, kesemua kenderaan yang digunakan dalam pertandingan ini perlu mengikut peraturan ditetapkan. Mereka yang berminat boleh menghubungi 013 8566478 untuk keterangan lanjut. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan