Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

OUM rai 200 graduan pelbagai jurusan

5:25pm 02/11/2015 Ann Vivien 130 views Pendidikan,Tempatan

 

BARISAN Jawatankuasa Graduasi OUM Cawangan Tawau merakamkan gambar kenangan selepas mengadakan mesyuarat Malam Graduasi OUM Cawangan Tawau yang di Pengerusikan  Timbalan Pengarah OUM Tawau, Vera Voo Mui Yin (dua dari kiri)

Barisan Jawatankuasa Graduasi OUM Cawangan Tawau merakamkan gambar kenangan selepas mengadakan mesyuarat Malam Graduasi OUM Cawangan Tawau yang di Pengerusikan Timbalan Pengarah OUM Tawau, Vera Voo Mui Yin (dua dari kiri)

TAWAU: Universiti Terbuka (OUM) Cawangan Tawau bakal meraikan lebih 200 pelajarnya dari pelbagai jurusan pengajian sempena Majlis Malam Graduasi pada 28 November depan.

 Timbalan Pengarahnya, Vera Voo Mui Yin dalam satu kenyataan media berkata, majlis tersebut akan bermula jam 7 malam di perkarangan bangunan OUM dan dijadual dirasmikan oleh Pengarah OUM Wilayah Sabah, Lamjin Atoh.

 Menurutnya, para pelajar yang diraikan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh tiga – empat tahun di dalam bidang Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana bidang pendidikan, pengurusan sumber manusia, pengurusan perniagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.

 “Pelbagai acara menarik akan diadakan sempena majlis itu nanti seperti nyanyian solo daripada para pelajar, cabutan tiket bertuah dan tayangan video,” katanya.

 Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan majlis berkenaan boleh menghubungi  Jawatankuasa Sekretariat, Jumadi Kanda di talian 012-8064806 atau 089 751300/299 pada waktu pejabat.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan