Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Otak Jatuh Ke Tulang Belakang Sejak Usia 4 Tahun

19

OTAK jatuh ke leher. Ia mungkin pelik tetapi itu penyakit yang dialami oleh Kai Diawne, yang berusia sembilan tahun.

Penyakit itu menyebabkan otaknya jatuh ke tulang belakang dan dia mengalami keadaan itu sejak berusia empat tahun.

Kai yang berasal dari South Yorkshire, telah melalui sembilan pembedahan dengan setiap pembedahan itu mengambil masa selama 20 tahun.

Pembedahan yang dilaluinya adalah membuang tulang di belakang otak, bagi mengurangkan tekanan kepada otaknya yang dijalankan pada Januari tahun ini.

Selain itu pembedahan yang dijalankan itu juga menyaksikan beberapa komplikasi menimpanya hingga terpaksa dikejarkan ke bilik bedah selama sembilan kali dalam masa enam minggu dia dirawat di hospital kanak-kanak di Sheffield.

Kini selepas menjalani pembedahan itu, Kai telah sihat dan gembira untuk menyambut hari Krismas.

Menurut ibunya, Michele Boardman, anaknya itu kini telah kembali bersekolah dan semakin sihat. – Mynewshub.cc

Komen


Berita Berkaitan